Karathu fokus tahap kecergasan

Karathu fokus tahap kecergasan

SELEPAS rehat seminggu, barisan pemain Red Warriors kembali berlatih dengan membawa semangat membara bagi menghadapi perlawanan terakhir Liga Super bertemu Sabah di Stadium Likas, pada 6 Julai ini.

Rehat panjang itu memberi banyak peluang kepada Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengenal pasti tahap kecergasan anak buahnya itu.

Pengendali berpengalaman dari Perak itu memanfaatkan masa lebih seminggu bagi memperkemaskan pasukannya sebelum perlawanan terakhir Liga Super di gelanggang lawan nanti.

Beliau mengaku sekalipun tanpa enam pemain yang kini beraksi bersama skuad kebangsaan, ia bukan masalah besar mengatur percaturan terbaik pasukannya.

'Kita miliki kekuatan'


Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my



MEMBARA...skuad kebangsaan bakal menentang Taiwan di Bukit Jalil, Rabu ini.


AURA kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Mohd Safee Sali mula yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke-143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.

“Secara realistik, saya yakin skuad kebangsaan boleh melepasi pusingan kedua dan bersaing dengan pasukan terbaik Asia. Mungkin selepas itu kita boleh buat kejutan kerana jika kita bermain dalam peringkat kumpulan, kita akan berusaha melakukan yang lebih baik.

“Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini,” katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.
Chelsea's New Boss

Chelsea's New Boss

Ini adalah berita dari Stamford Bridge.

VILLAS-BOAS APPOINTED
Posted on: Wed 22 Jun 2011
Chelsea Football Club is delighted to announce that Andre Villas-Boas will be the club's new manager.

He has signed a three-year contract and will start work immediately.

Andre was the outstanding candidate for the job. He is one of the most talented young managers in football today and has already achieved much in a relatively short space of time. His ambition, drive and determination matches that of Chelsea and we are confident Andre's leadership of the team will result in greater successes in major domestic and European competitions.

Fernando Torres

Fernando Torres @ Chelsea


Torres mahu tamatkan episod persembahan buruk musim lalu

LONDON: Fernando Torres (gambar) mahu menamatkan episod persembahan buruknya bersama Chelsea dan mahu melupakan semua yang sudah berlaku.

Bintang bernilai 50 juta (RM245.7 juta) yang dibeli dari Liverpool itu berharap gandingannya di bahagian serangan, Didier Drogba semakin mantap selepas ini.

Torres, 27, tertekan sejak berpindah ke Chelsea, Januari lalu dengan rekod perpindahan termahal Liga Inggeris selepas hanya menjaringkan satu gol dalam 18 perlawanan hingga ada pihak menyalahkannya sebagai punca mengapa Blues gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.

Rakan di jentera serangan, Solomon Kalou menganggap pemilik kelab Roman Abramovich tidak sepatutnya membawa masuk Torres pada pertengahan musim.

Kalou mendakwa pemain termahal itu lebih berusaha untuk memastikan dirinya turun beraksi berbanding mengutamakan kemenangan pasukan.

Torres bersetuju yang dirinya mengalami mimpi ngeri apabila hanya menjaringkan 12 gol sepanjang musim lalu, sembilan daripadanya bersama Liverpool, satu untuk Chelsea dan dua bersama Sepanyol.

Red Warriors

Ada pihak cuba jejaskan Red Warriors

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenal pasti kumpulan yang dipercayai kurang senang dengan kejayaan Red Warriors dengan menyebarkan pelbagai khabar angin berkaitan pasukan itu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan risikan, kumpulan tersebut hasrat untuk menghakis kepercayaan dan sokongan peminat kepada skuad Red Warriors.

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan secara tersusun dengan hasrat menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat setia Kelantan.

"Pada perlawanan Kelantan dengan Perak, kita berjaya merakamkan gelagat kelompok yang cuba membawa masuk masalah ke dalam stadium dan Kafa telah mengenal pasti latar belakang mereka.

Fokus Mental

KELANTAN jelas mendapat semula keyakinan dan mahu terus menyambung rentak kemenangan apabila menentang Sabah dalam perlawanan terakhir Liga Super di Kota Kinabalu pada 6 Julai ini - hari penting yang bakal menentukan apakah mereka bakal bergelar juara baru.

Ia juga hari bermakna buat juara bertahan, Selangor dan juara baru Piala FA, Terengganu yang memiliki peluang sama memburu pengiktirafan selaku pasukan bola sepak terbaik negara.

“Kami mempunyai masa panjang sebelum berkunjung ke Sabah dan saya harap pemain mampu memantapkan mental dan fizikal dalam menghadapi perlawanan terakhir Liga Super di tempat lawan nanti,” kata ketua jurulatih, Datuk M Karathu, semalam.

Stadium Negeri Tak Sesuai

Semua Stadium Negeri Tak Sesuai Untuk Perlawanan Antarabangsa:FAM

Stadium Sultan Muhamad IV, Kelantan

KOTA BARU: Kecuali Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam, semua stadium negeri didapati tidak sesuai menjadi venue sebarang perlawanan di peringkat antarabangsa kerana tidak mematuhi piawaian oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata semua persatuan bola sepak negeri dengan kerjasama kerajaan negeri masing-masing perlu mengambil inisiatif untuk menambah baik stadium yang ada jika mahu perlawanan peringkat antarabangsa diadakan.

"Kecuali dua stadium itu, yang lain masih tidak menepati piawaian FIFA dan AFC untuk diadakan perlawanan di peringkat antarabangsa dan sebab itu FAM merasakan perlunya persatuan negeri dengan kerjasama kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium yang ada.

"Bagaimanapun FAM tidak lepas tangan seperti di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV apabila stadium ini telah dinaiktaraf untuk diadakan perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa," katanya selepas mesyuarat penyelarasan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Myanmar di sini Selasa.

Pengurus Chelsea

Jawatan Pengurus Chelsea Bakal Diisi Dua Minggu Lagi
Oleh: SURYATI MOHD NOR

Gourlay yakin identiti pengurus baru kelab bakal diumumkan dua minggu lagi. Foto: Azlina Abdullah/THE STAR


PETALING JAYA: Ketua Eksekutif Kelab Chelsea, Ron Gourlay mrmberitahu bahawa kelab ini bakal mendapat pengurus baru dalam tempoh dua minggu lagi.

Bagaimanapun dia tidak menjelaskan lebih terperinci siapa yang bakal menggantikan tempat yang dipegang Carlo Ancelotti sebelum ini.

“Kami masih lagi dalam perbincangan dan keputusan rasmi akan dibuat dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi. Namun buat masa kini saya tidak dapat menjelaskan lebih terperinci mengenai calon itu.

“Dengan pengumuman itu nanti, bermakna skuad Chelsea bakal bertandang ke Malaysia sempena Jelajah Asia Chelsea pada 21 Julai ini dengan pengurus baru dan dijangka akan turut melibatkan dua hingga tiga orang pemain-pemain baru,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen Here To Play, Here To Stay dan akademi Chelsea Blue Pitch di NPNG Sports Centre, Damansara Damai,Rabu.

Qatar baham skuad Olimpik

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/06/15



PEMAIN Malaysia Abdul Shukor Jusoh cuba dihalang pemain Qatar, Ahmed Khalfan (kiri) pada perlawanan persahabatan di Doha, awal pagi semalam.

Anak didik Kim Swee diratah lawan dalam siri persahabatan di Doha

ONG Kim Swee memilih tidak menurunkan kesebelasan utama dan kesudahannya adalah skuad Olimpik negara tewas kepada Qatar 4-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Doha, awal pagi semalam.

“Inilah hakikat yang perlu kita terima apabila berdepan pasukan handal seperti Qatar,” kata ketua jurulatih itu yang memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utamanya. “Amat rugi jika pemain kita cedera pada perlawanan ini kerana misi utama ialah menentang Lubnan pada 19 Jun nanti.”

Buruan Juara

Oleh Sukhairi Abd Thani, Hamid Salleh, Kamudin Baharom, Bashah Zainol Abidin, Rizar Mohd Noor dan Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2011/06/15



PENJAGA gol Perak, Md Nazril Nouridin (kanan) menghalang cubaan pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, malam tadi.

Kelantan, Selangor, Terengganu bakal buat penentuan penting 6 Julai ini

PENENTUAN juara Liga Super, musim ini kini menjadi saingan tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu selepas penyudahan keputusan, malam tadi yang menyaksikan ketiga-ketiga pasukan berkenaan merakamkan kemenangan penting.

Apapun, wajah ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M Karathu terpancar ceria melihat anak didik menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV apabila berkata: “Apa yang penting kami mendapat tiga mata berharga malam ini.”

Maaf City – Ronaldo


Cristiano Ronaldo mengesahkan tidak akan menerima tawaran lumayan Manchester City, sebaliknya mahu kekal bersama Real Madrid. - AFP

MADRID – Cristiano Ronaldo kelmarin memberitahu Manchester City ‘saya tidak akan menyertai kelab anda”.

Bintang Real Madrid itu menolak spekulasi mengenai perpindahan sensasi bernilai 150 juta pound (RM747 juta) ke Eastlands, biarpun laporan turut mengatakan dia dipancing dengan gaji luar biasa iaitu 21 juta pound (RM105 juta) setahun.

Ronaldo pada mulanya berjenaka mengenai tawaran gaji itu sebelum akhirnya menjelaskan jawapan sebenar.

“Baguskan begitu? Saya mungkin terpaksa mempertimbangkan semasak-masaknya tawaran sebaik itu.

Hukum Daudsu

Tiada sebab hukum Daudsu - Annuar

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menghukum Daudsu Jamaluddin kerana tertanduk bola ke gawang sendiri ketika cuba menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu Sabtu lalu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut tidak sengaja melakukan kesilapan itu, sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan bola daripada membolosi jaring.

"Kafa tidak akan menghukum beliau di atas kesilapan yang dilakukan itu. Tiada sebab untuk dia dihukum," katanya.

Saingan makin panas

Pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak dua pertahanan Perak pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

KUALA LUMPUR - Persaingan merebut gelaran Liga Super semakin panas apabila kejuaraan hanya akan ditentukan pada hari terakhir liga, 6 Julai ini dengan tiga pasukan, Kelantan, Selangor serta Terengganu masih berpeluang memburu kejuaraan selepas masing-masing mencatat kemenangan, semalam.

Tiga hari selepas dikecewakan dalam final Piala FA, Kelantan mempamerkan kebangkitan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu apabila menundukkan Perak 1-0 untuk menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali pertama.

Skuad Red Warriors memegang kelebihan dua mata ke atas Selangor dan tiga mata meninggalkan Terengganu ketika baki satu perlawanan. Anak buah Datuk M. Karathu bakal menjulang trofi andai menumpaskan Sabah di Kota Kinabalu dalam perlawanan terakhir.

Liga Super 2011

Keputusan Liga Super 2011
14 June 2011




Kelantan [ 1 ]
vs
Perak [ 0 ]

Selangor [ 2 ]
vs
KL Felda United [ 1 ]

Terengganu [ 3 ]
vs
T-Team [ 2 ]

Johor FC [ 2 ]
vs
Pahang [ 1 ]

Kedah [ 1 ]
vs
Negeri Sembilan [ 1 ]

Perlis [ 0 ]
vs
Sabah [ 1 ]

3 Kedudukan Teratas

1. Kelantan - 53 mata
2. Selangor - 51 mata
3. Terengganu - 50 mata

Perlawanan Terakhir 6 Julai 2011 ( 08.45 PM )

1. Sabah vs Kelantan ( Stadium Likas, Sabah )
2. Perak vs Selangor ( Stadium Perak, Ipoh )
3. Felda United vs Terengganu ( Stadium BolaSepak Kuala Lumpur, Cheras )

sumber : Malaysian Super League

Piala FA


Senarai Kesebelasan Pemain Utama Terengganu dan Kelantan

BERIKUT merupakan senarai kesebelasan pemain utama Terengganu dan Kelantan yang mungkin diturunkan pada perlawanan akhir Piala FA, malam Sabtu:


TERENGGANU

Penyerang: Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahaya

Pemain Tengah: Mohd Ashaari Shamsuddin, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi dan Joseph Kallang Tie.

Pemain Pertahanan: Mohd Zubir Azmi, Mohd Mazuki Yusof(Kapten), Mazlizam Mohd dan Helmi Remeli

Penjaga Gol: Mohd Sharbinee Allawee

KELANTAN

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Ramzul Zahini Adenan

Pemain Tengah: S. Chanturu, Mohd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari dan Nurul Azwan Roya

Pemain Pertahanan: Zairul Fitree Ishak, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi dan Mohd Daudsli Jamaluddin.

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat

sumber : mStar Online
Piala FA : Kelantan

Piala FA : Kelantan

'Kita kena fokus 100 peratus'
Oleh M Khairil S Iswan dan Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
2011/06/11

KARATHU (kanan) memberi kata-kata semangat untuk bertarung kepada pemain Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Karathu tuntut Red Warriors waspada bendung Terengganu andai mahu menang

“FOKUS setiap saat pada perlawanan.” Itulah teguran ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kepada setiap anak didiknya apabila Kelantan turun menentang pasukan tetangga, Terengganu dalam final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Pengendali Red Warriors itu mengerti lawan pimpinan Irfan Bakti Abu Salim akan hadir dengan misi membalas dendam kekalahan 3-0 dalam Liga Super Isnin lalu dan dia mahu benteng pertahanan dan tengah yang dianggap kekuatan pasukan bakal berfungsi hebat.

Sekitar Piala FA 2011

Tekad Norshahrul
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo


PENYERANG berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mahu meledak gol awal bagi mematikan terus semangat melawan Terengganu pada final Piala FA, malam ini.

Penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol itu berkata, sekiranya berjaya melakukannya, kemenangan pasti memihak kepada The Red Warriors untuk menjulang Piala FA buat kali pertama sejak saingan itu mula diperkenal pada 1990.

“Ketika aksi Liga Super, Isnin lalu, kami berjaya meledak gol awal dan ia banyak membantu kami menguasai perlawanan dan memenangi perlawanan di gelanggang lawan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam. Penyerang kebangsaan itu meledak dua gol pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu dengan Mohd Izuan Salahuddin menjaringkan gol seawal minit kelapan permainan.

Pemain yang turut dikenali sebagai Mat Yo itu turut bertekad mahu terus membuktikan ketajamannya walaupun terpaksa berdepan penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Alawee Ramli dan keampuhan benteng pertahanan lawan yang diketuai pemain berpengalaman, Mohd Marzuki Yusof.
Lupakan Chelsea

Lupakan Chelsea

EJEN Guus Hiddink berkata pelanggannya masih ‘sangat gembira’ dengan jawatannya ketika ini sebagai pengurus Turki biarpun wujud laporan kemungkinan dia akan kembali ke Chelsea.

Laporan kebelakangan ini menyatakan Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) mungkin kehilangan Hiddink yang berada di kedudukan teratas sebagai calon menggantikan Carlo Ancelotti di Chelsea.

Segelintir media Turki meluahkan kemarahan mereka terhadap Hiddink kerana gagal memberi komitmen kepada negara itu menjelang perlawanan kelayakan Euro 2012 dengan Belgium, esok.

Ejen Hiddink, Cees van Nieuwenhuizen menegaskan bagaimanapun, bekas pengurus Real Madrid itu gembira di Turki dan tidak berhasrat untuk meninggalkan negara itu.

“Dia gembira dengan perlawanan di Brussels kerana masih dalam saingan untuk ke Kejuaraan Eropah,” kata Van Nieuwenhuizen.

“Tiada apa yang berubah. Saya katakan sebelum ini, Guus masih mempunyai kontrak bersama Turki. Dia mempunyai tanggungjawab di sana sehingga kontraknya tamat Jun tahun depan.
Sekitar Piala FA 2011

Sekitar Piala FA 2011

‘Kami tidak akan gadai maruah’
2011/06/10


PENYOKONG skuad Terengganu, Mazlizawati Mohamed, 19, memerhati logo penyu yang dicukur di kepala penyokong Kelab Peteh, Shaari Abdullah, 39, sempena persiapan perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jali, esok. - Foto Rozainah Zakaria


Khabar angin bertiup kencang Red Warriors akan serah mahkota Piala FA kepada Terengganu

“KAMI tidak akan menggadaikan maruah.” Itulah tekad dilaungkan skuad Kelantan ketika ada khabar angin bertiup kencang menyebut skuad Red Warriors itu akan menyerahkan mahkota kejuaraan Piala FA kepada pasukan tetangga, Terengganu dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Menjelang bahang saingan membabitkan dua finalis dari pantai Timur buat julung kali ada ura-ura bahawa anak didik Datuk M Karathu mahu memberi trofi berkenaan kepada lawan dengan sifat yakin gelaran Liga Super akan menjadi milik mereka, musim ini.

Tambah menarik ‘seperti ada komplot’ untuk berkongsi gelaran secara seimbang bagi mengekalkan kuasa bola sepak di sebelah timur semenanjung.

Amanat Tok Guru

Nik Aziz minta penyokong jaga tingkah laku
2011/06/10

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, meminta penyokong pasukan The Red Warriors menjaga tingkah laku bagi memelihara nama baik negeri itu dalam keghairahan mereka menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS turut berdoa Kelantan akan mencapai kemenangan dalam perlawanan itu dan menaikkan imej negeri itu sebagai gergasi bola sepak di negara ini.

“Saya minta seluruh rakyat Kelantan dan juga pemain menjaga tingkah laku mereka. Tidak perlu bersorak-sorak (melampaui batasan) dan bermain mercun. Jagalah imej Kelantan sebagai Serambi Mekah,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Ketika ditanya sama ada pemain Kelantan akan mendapat imbuhan daripada kerajaan negeri, jika memenangi Piala FA itu, Nik Aziz berkata, tiada sebarang ganjaran disediakan.

“Kita jangan terlalu manjakan pemain (dengan imbuhan),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengisytiharkan cuti sekiranya Kelantan memenangi Piala FA, Sabtu ini.

sumber : Berita Harian Online
Hiddink Gembira Di Turki

Hiddink Gembira Di Turki

Hiddink Gembira Di Turki: Van Vieuwenhuizen

AGEN pengurus Turki, Cees van Vieuwenhuizen menjelaskan Guus Hiddink gembira berada di Turki dan akan terus mengendalikan skuad itu sehingga kontraknya tamat Jun tahun depan.

Hiddink sebelum ini dilaporkan akan berpindah ke Chelsea menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat selepas tamat Liga Perdana Inggeris (EPL) dua minggu lalu.

“Tiada apa yang berubah. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, Guus masih terikat dengan kontrak sehingga tahun depan. Pihak kami telah menjelaskan beberapa kali mengenai perkara ini.

“Semua orang boleh membuat spekulasi sendiri berkaitan masa depannya, namun hakikatnya dia akan terus berada di sini.

“Tiada apa yang berlaku dalam masa terdekat ini memandangkan kedua pihak masih bercuti,” katanya.

ehsan:-mStar Online
Piala FA 2011

Piala FA 2011

KUALA LUMPUR: Polis meminta penyokong bola sepak Kelantan dan Terengganu supaya mematuhi segala arahan yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kesulitan dan gangguan lalu lintas sepanjang perlawanan akhir Piala FA 2011 Sabtu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman, berkata penyokong yang datang dari arah Plaza Tol Gombak menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil boleh melalui dua laluan iaitu laluan terus dan laluan alternatif.

Pengguna yang mengikuti laluan terus dari Plaza Tol Gombak menuju ke MRR2 seterusnya ke Lebuhraya KESAS akan tiba di stadium yang jaraknya 27.7 kilometer dalam masa 30 minit.

Khairul enggan bolos


Khairul Fahmi Che Mat @ Apek


Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

BOLOS dua gol ketika Kelantan tewas kepada T-Team, 25 Mei lalu dan satu gol ketika skuad Olimpik negara dibenam Kemboja, malam kelmarin tidak membuatkan Khairul Fahmi Che Mat gusar dengan prestasinya, malah berjanji kepada penyokong Red Warriors (TRW) untuk mempertahankan gawang Kelantan daripada dibolosi pada final Piala FA, Sabtu ini.

Khairul Fahmi berkata, kegagalan mempertahankan gawang pada dua perlawanan itu bukan kayu ukur untuk menilai keupayaannya.

“Cabaran dalam setiap perlawanan berbeza, yang penting kami mesti menunjukkan persembahan terbaik.

“Itulah yang akan saya lakukan ketika menentang Terengganu Sabtu ini. Saya tidak mahu maruah penyokong Kelantan tercalar,” katanya.

Khairul Fahmi mengaku nasibnya masih samar sama ada diturunkan sebagai penjaga gol Sabtu ini, namun jika ketua jurulatih, Datuk M Karathu memberi kepercayaan, dia tidak akan mensia-siakannya.

“Percaturan untuk perlawanan final Piala FA terletak pada jurulatih .

“Jika diberi kepercayaan, sudah semestinya saya akan melaksanakan tugas sebaik mungkin,” katanya.
Kasut Emas 2011

Kasut Emas 2011

Mat Yo buru ‘Kasut Emas’
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob



NORSHAHRUL berharap dapat mengekalkan momentum untuk terus memburu gol dalam pertemuan menentang Terengganu dalam final Piala FA, Sabtu ini.


15 jaringan dikumpul setakat ini jadi pembakar semangat

NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan dia lebih berbisa daripada penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya, apabila meledakkan dua daripada tiga gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin, sehingga mematikan segala semangat tuan rumah.

Kini dengan 15 jaringan dikumpul dalam saingan Liga Super, jumlah yang sama dikumpul Abdul Hadi, membakar semangatnya bagi memburu gelaran penjaring terbanyak - sekali gus merebut Anugerah Kasut Emas, musim ini.

“Saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang bagi mengharumkan nama pasukan Kelantan dalam Liga Super musim ini. Dua gol dijaringkan adalah hadiah bermakna kepada saya sendiri selain menyuntik semangat rakan untuk memburu impian menjuarai Liga Super musim ini.
Harimau Malaya vs Myanmar

Harimau Malaya vs Myanmar

SKUAD bola sepak kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal akan berkunjung ke Kota Bharu bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Myanmar, 18 Jun ini selepas FAM bersetuju mengadakan perlawanan itu di luar Lembah Klang.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad keputusan dibuat selepas mempertimbangkan permohonan rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menganjurkan perlawanan itu di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.

“Keputusan ini akan memberi peluang kepada penyokong skuad kebangsaan di Pantai Timur melihat aksi pemain negara. Malah selepas perbincangan dengan Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah), selepas ini mana-mana persatuan negeri yang mahu menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan antarabangsa boleh berbuat demikian asalkan stadium yang digunakan menepati standard yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semalam.
Kelantan Rampas Takhta

Kelantan Rampas Takhta


Pemain Terengganu, Abd Manaf Mamat (kanan) bersaing berebut bola dengan pemain Kelantan, Mohd Rizal Fahmi dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam Isnin. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pertembungan dua pendahulu liga antara Kelantan dan Terengganu menyaksikan Skuad Red Warriors kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah menang selesa ke atas Skuad Penyu dengan keputusan 3-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam Isnin.

Berbaki dua lagi perlawanan, skuad bimbingan M.Karathu kini mengutip 50 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.

Impian Terengganu untuk menumpaskan Kelantan di hadapan penyokong sendiri lebur setelah Mohd Azuan Solahudin membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 dan ditambah lagi dengan dua jaringan pada babak kedua oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-72 dan minit ke-92 masa kecederaan.

Kelantan hampiri kejuaraan Liga Super

Isnin, 6 Jun 2011
Source: D5 Sports


Image © D5
Penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha (tengah) diasak oleh dua pertahanan Negeri Sembilan dalam salah satu aksi Liga Super. (Gambar arkib).


KUALA LUMPUR, (D5) - Kelantan semakin menghampiri gelaran sulung Liga Super apabila meraih tiga mata dalam pertemuan paling mencuri tumpuan dengan Terengganu.

Skuad The Red Warriors kini berkelebihan lima mata di puncak Liga Super dengan baki dua perlawanan selepas menundukkan Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Norshahrul Idlan Talaha kini menerajui pemburuan kasut emas musim 2011 dengan menyumbangkan dua gol untuk mengumpul 16 koleksi gol selepas Mohd Azuan Salahuddin terlebih dahulu memecah kebuntuan pada separuh masa pertama.
Liga Super 2011

Liga Super 2011

Keputusan 6 June 2011

Selangor [ 7 ] vs [ 1 ] Perlis

Terengganu [ 0 ] vs [ 3 ] Kelantan

Johor FC [ 1 ] vs [ 1 ] Perak

Felda United FC [ 1 ] vs [ 2 ] Kedah

Negeri Sembilan [ 4 ] vs [ 0 ] Terengganu T-Team

ehsan:-Malaysian Super League
15,000 tiket dijual untuk penyokong Kelantan

15,000 tiket dijual untuk penyokong Kelantan

KOTA BAHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menjual tiket untuk perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan mulai hari ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 15,000 tiket akan dijual kepada penyokong Kelantan mulai 9 pagi.
3,000 tiket percuma Piala FA untuk warga Tanah Merah

3,000 tiket percuma Piala FA untuk warga Tanah Merah

KUALA LUMPUR - UMNO bahagian Tanah Merah akan mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu mulai hari ini.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, sebanyak 3,000 tiket akan diberikan kepada warga Tanah Merah di luar Kelantan khususnya di Lembah Klang yang telah mendaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Tanah Merah.

''Pemberian tiket percuma ini membuktikan komitmen berterusan UMNO Bahagian Tanah Merah dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan Red Warriors.

''Pada tahun lalu UMNO Bahagian Tanah Merah juga memberikan tiket percuma bagi warga Tanah Merah menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang menyaksikan pasukan Red Warriors muncul juara,'' katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, langkah UMNO Bahagian Tanah Merah memberikan tiket percuma perlawanan akhir Piala FA adalah satu keistimewaan dan pengiktirafan kepada warga Tanah Merah, yang terpaksa mencari rezeki di rantau orang.

''Selain itu ia juga sebagai menghargai sokongan anak-anak Kelantan khususnya dari Tanah Merah kepada pasukan Red Warriors.

''Melalui pemberian tiket percuma ini, ia diharapkan bukan sahaja akan memeriahkan lagi perlawanan akhir itu tetapi juga akan memberikan semangat kepada pasukan Kelantan untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan Piala FA berada dalam genggaman,'' katanya.
Bayangan juara Piala FA

Bayangan juara Piala FA

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Pertembungan dua jaguh pantai Timur, Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super hari ini, disifatkan sebagai 'pembayang' siapa bakal memenangi final Piala FA di antara kedua-dua pasukan pada Sabtu ini.

Berdasarkan rekod pertemuan musim lalu, ia berpihak Red Warriors apabila menumbangkan skuad Penyu 3-0 pada pusingan kedua, selepas hanya seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu.

Namun musim ini ceritanya berbeza apabila kedua-dua pasukan berkongsi mata pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammed IV, awal Februari lalu.

Tugas sukar menanti pengendali Kelantan Datuk M.Karathu untuk merencanakan ramuan terbaik untuk memastikan Red Warriors membawa pulang tiga mata dalam usaha untuk mengukuhkan cengkaman tangga teratas Liga Super.

Meskipun turun tanpa penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat serta pertahanan kental, Zairul Fitree Ishak yang digantung, ia tidak menjejaskan peluang Red Warriors.

Recent Comments

by :

Total Pageviews

Tabung NuffNang

Flickr

Official Website

Penafian

Penafian: Ini adalah blog peribadi. Sebarang artikel yang dipaparkan akan disertakan bersama pautan(link) kepada sumber asal artikel berkenaan. Tujuan blog ini diwujudkan adalah bersifat peribadi bukannya bersifat komersil, maka nya, ia langsung tiada istilah kewujudan blog ini bertujuan untuk mengaut sebarang keuntungan daripada artikel yang dipaparkan di dalam blog ini. Harap Maklum.

Site Info



Sembang Bola

Latest from GilaPing


Followers

Popular Posts

Popular Posts