Fernando Torres

Fernando Torres @ Chelsea


Torres mahu tamatkan episod persembahan buruk musim lalu

LONDON: Fernando Torres (gambar) mahu menamatkan episod persembahan buruknya bersama Chelsea dan mahu melupakan semua yang sudah berlaku.

Bintang bernilai 50 juta (RM245.7 juta) yang dibeli dari Liverpool itu berharap gandingannya di bahagian serangan, Didier Drogba semakin mantap selepas ini.

Torres, 27, tertekan sejak berpindah ke Chelsea, Januari lalu dengan rekod perpindahan termahal Liga Inggeris selepas hanya menjaringkan satu gol dalam 18 perlawanan hingga ada pihak menyalahkannya sebagai punca mengapa Blues gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.

Rakan di jentera serangan, Solomon Kalou menganggap pemilik kelab Roman Abramovich tidak sepatutnya membawa masuk Torres pada pertengahan musim.

Kalou mendakwa pemain termahal itu lebih berusaha untuk memastikan dirinya turun beraksi berbanding mengutamakan kemenangan pasukan.

Torres bersetuju yang dirinya mengalami mimpi ngeri apabila hanya menjaringkan 12 gol sepanjang musim lalu, sembilan daripadanya bersama Liverpool, satu untuk Chelsea dan dua bersama Sepanyol.

“Bagi saya musim lalu yang terburuk di England. Kecederaan dialami di penghujung Piala Dunia merosakkan prestasi dan dan menjadikan kerjaya saya semakin sukar.

“Dua belas gol dalam semua kejohanan sepanjang musim lalu tidak bermakna buat saya. Sepanjang musim lalu saya tidak pernah bermain 100 peratus, baik bersama Liverpool ataupun Chelsea.

“Saya mahu melupakan pengalaman itu. Begitupun, saya tidak menyesal berpindah ke Chelsea. Saya percaya andai jentera Chelsea berada di tahap terbaik, sukar untuk menewaskan kami.” Bagaimanapun Torres pasti tidak senang dengan kata-kata Kalou.

“Pemain kami sibuk mengenal pasti siapa yang patut bermain atau tidak. Hal ini mengganggu persembahan pasukan,” kata Kalou.

“Lebih baik membina pasukan daripada skuad asal berbanding membawa masuk pemain baru yang akan diketepikan dan suka merungut,” kata pemain Ivory Coast itu lagi.

Torres yakin situasi akan menjadi lebih baik pada masa depan. Dia dan Drogba akan memastikan gandingan mereka menjadi.

“Saya tiada masalah dengan Drogba. Jujur saya katakan yang kami ada persefahaman. Dia pemain sensasi dan kehadiran kami akan memberi perkembangan positif buat Chelsea.

“Saya jangka lebih banyak gol bakal dijaringkan sekali gus memastikan kejayaan besar buat kami. Memang benar Manchester United juara bertahan tapi saya rasa kami calon utama untuk merampas gelaran itu,” kata Torres. - Agensi

sumber : myMetro

0 Response to "Fernando Torres"

Post a Comment

Recent Comments

by :

Popular Posts

Popular Posts