PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard berkemungkinan akan meninggalkan kelab tersebut selepas mengakui dia masih belum ditawarkan kontrak lanjutan.
Biarpun terluka apabila menyedari bakal dilepaskan The Blues walaupun telah membantu skuad kendalian Rafael Benitez itu melayakkan diri ke perlawanan final dalam saingan Piala Kelab Dunia di Yokohama, Lampard berkata:
“Mungkin beberapa perkara tidak mampu kekal meskipun saya masih mahukannya."
Dalam masa sama, dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk Los Angeles Galaxy, kelab China, Guizhou Rehne dan juga Arsenal, Lampard yang masih merasakan dirinya sebagai pemain Chelsea berkata, dia tidak boleh meramalkan apa-apa tetapi merasakan dirinya mampu bermain di tahap yang tinggi buat dua atau tiga tahun lagi.
“Saya bukan seorang pemain yang ingin menghabiskan masa di bangku simpanan. Saya ingin bermain untuk membantu pasukan dan akan selalu berjuang melakukan apa sahaja,"katanya yang turut mahu merangkul satu trofi sebelum meninggalkan The Blues.
Pendedahan Lampard itu mengecewakan beberapa peminat Chelsea yang menyifatkan pemain berusia 34 tahun itu sebagai antara wira pasukan.
sumber : Sinar Harian Online
0 Response to "Lampard tinggalkan Chelsea?"
Post a Comment