Nasib Drogba, Anelka Masih Samar Di Shanghai Shenhua

Nasib Drogba, Anelka Masih Samar Di Shanghai Shenhua


Didier Drogba

MASA depan dua bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dan Nicolas Anelka di kelab Shanghai Shenhua agak samar selepas dilaporkan mereka tidak menerima gaji.

Media tempatan China melaporkan pihak pengurusan Anelka telah berbincang dengan Liga Super China untuk menghabiskan kontrak tahun ini, manakala pemain antarabangsa Ivory Coast, Drogba telah dikaitkan untuk kembali beraksi di Eropah.

Droga telah menandantangi kontrak selama dua tahun dengan anggran gaji $300,000 seminggu pada Jun lalu, tetapi dilaporkan pemain itu belum menerima gaji.
Chicharito Sedia Tinggalkan United

Chicharito Sedia Tinggalkan United


Hernandez sedia meninggalkan United jika terus dijadikan pemain simpanan.

MANCHESTER United kemungkinan besar akan kehilangan salah seorang penyerang terbaik Eropah, selepas Javier Hernandez bersedia untuk meninggalkan kelab itu.

Dengan kehadiran Robin van Persie yang digandingkan dengan Wayne Rooney, penyerang kebangsaan Mexico itu terasa dirinya tercicir.
Lampard tinggalkan Chelsea?

Lampard tinggalkan Chelsea?


Frank Lampard

PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard berkemungkinan akan meninggalkan kelab tersebut selepas mengakui dia masih belum ditawarkan kontrak lanjutan.

Biarpun terluka apabila menyedari bakal dilepaskan The Blues walaupun telah membantu skuad kendalian Rafael Benitez itu melayakkan diri ke perlawanan final dalam saingan Piala Kelab Dunia di Yokohama, Lampard berkata:
“Mungkin beberapa perkara tidak mampu kekal meskipun saya masih mahukannya."
Piala AFF: Malaysia gagal ke final

Piala AFF: Malaysia gagal ke final


MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2. Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.

Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.

Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.

Wallace bakal sertai Chelsea


Wallace

CHELSEA telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian menggunakan tenaga remaja Brazil, Wallace pada bulan depan.

Tempoh mengambil pemain baru akan dibuka bulan depan.

Bagaimanapun penyerang sayap kanan berusia 18 itu akan kekal dengan kelab Fluminense hingga akhir musim ini.

Wallace telah membantu Fluminense memenangi kejohanan Liga Brazil Bawah 20, sekali gus mendapat gelaran serantau musim lalu.
Keputusan penuh: Malaysia, Thai seri 1-1

Keputusan penuh: Malaysia, Thai seri 1-1

SKUAD kebangsaan gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Pemain kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand mencari peluang pada aksi separuh masa kedua. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor


Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.

Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.

Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji, namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang lawan.

Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari jarak jauh, daripada Adul tetapi tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias berjaya menafikan percubaan itu.


Recent Comments

by :

Total Pageviews

Tabung NuffNang

Flickr

Official Website

Penafian

Penafian: Ini adalah blog peribadi. Sebarang artikel yang dipaparkan akan disertakan bersama pautan(link) kepada sumber asal artikel berkenaan. Tujuan blog ini diwujudkan adalah bersifat peribadi bukannya bersifat komersil, maka nya, ia langsung tiada istilah kewujudan blog ini bertujuan untuk mengaut sebarang keuntungan daripada artikel yang dipaparkan di dalam blog ini. Harap Maklum.

Site Info



Sembang Bola

Latest from GilaPing


Followers

Popular Posts

Popular Posts