Source: D5 Sports

Image © D5
Penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha (tengah) diasak oleh dua pertahanan Negeri Sembilan dalam salah satu aksi Liga Super. (Gambar arkib).
KUALA LUMPUR, (D5) - Kelantan semakin menghampiri gelaran sulung Liga Super apabila meraih tiga mata dalam pertemuan paling mencuri tumpuan dengan Terengganu.
Skuad The Red Warriors kini berkelebihan lima mata di puncak Liga Super dengan baki dua perlawanan selepas menundukkan Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Norshahrul Idlan Talaha kini menerajui pemburuan kasut emas musim 2011 dengan menyumbangkan dua gol untuk mengumpul 16 koleksi gol selepas Mohd Azuan Salahuddin terlebih dahulu memecah kebuntuan pada separuh masa pertama.
Dua kesilapan di bahagian pertahanan tuan rumah membuka peluang untuk merobek kubu lawan di mana penjaga gol simpanan Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail turut bertindak cemerlang memastikan rekod bersih gawang The Red Warriors.
"Saya rasa pemain telah menunjukkan semangat dan beraksi dengan baik.
"Semua pemain beraksi sebagai satu unit dan kami bertahan dan melancarkan serangan balas dengan baik.
"Saya rasa adalah lebih penting mempertahankan momentum untuk perlawanan selepas ini.
"Seperti biasa pemain akan diberi satu hari rehat, pemain yang tidak beraksi (malam ini) akan berlatih petang esok dan bersedia bagi perlawanan akhir Piala FA.
"Kami perlu menghormati Terengganu sebagai pasukan mantap dan kami akan menggunakan pendekatan berbeza Sabtu ini," jelas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu.
sumber:-Arena.my
0 Response to "Kelantan hampiri kejuaraan Liga Super"
Post a Comment